There was an error in this gadget

Saturday, February 2, 2008

Thursday, December 27, 2007

Utusan Online 26 Disember 2007

Graduan raih RM12,000 sebulan tanam cendawan

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH 25 Dis. – Walaupun bergelar graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), namun Nor Sanusi Mahmud, 25 tidak menyesal memilih untuk menceburi bidang tanaman cendawan.

Keputusan bijaknya itu membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan.

Tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakannya sejak tahun 2004 kini menghasilkan sehingga 70 kilogram cendawan setiap hari.

Nor Sanusi yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, sewaktu mula menceburi perusahaan itu, dia hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM28,000 sahaja.

Menurutnya, idea untuk terlibat dalam penanaman cendawan yang diusahakan di Kampung Telaga Papan di sini timbul setelah melihat sendiri kejayaan petani di Hatyai, Thailand.

Kata beliau, dia kemudian membuat keputusan untuk mencuba teknologi penanaman cendawan seperti yang dilaksanakan di Hatyai itu sehinggalah kini berjaya menjadi pembekal utama cendawan ke pasar borong seluruh Kelantan.

‘‘Bezanya kaedah yang digunakan ialah saya bina bangsal cendawan dari kayu pokok gelam, batang nibung dan atap rumbia seperti yang dilakukan petani di Hatyai.

‘‘Dengan kaedah ini kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli kayu dan atap asbestos yang semakin meningkat harganya seperti yang biasa dilakukan di negara ini,” katanya.

Tambah Sanusi, Pejabat Pertanian Pasir Puteh juga banyak membantu menjayakan projeknya dengan menyalurkan khidmat teknikal dan kepakaran termasuk kaedah penanaman yang sistematik.

‘‘Saya menjual cendawan ke beberapa tempat seperti Pasar Besar dan Pasar Borong Pasir Puteh dengan harga RM5.80 sekilogram.

‘‘Ia sudah cukup lumayan dengan pendapatan kasar sebanyak RM400 sehari,” katanya.

Beliau berkata, cendawannya mendapat permintaan tinggi bagi penghasilan masakan tomyam dan juga cendawan goreng yang diusahakan peniaga makanan di sekitar Kelantan dan sebahagian daerah di sempadan Kelantan dan Besut.

‘‘Saya sedia membantu usahawan baru khususnya belia lain yang berminat menceburi penanaman cendawan kerana prospeknya begitu baik ketika ini,” katanya.

Thursday, December 6, 2007

Cendawan Tiram Kelabu

Cendawan Tiram Kelabu



Cendawan didefinasikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan. Ia mengandungi banyak protein, vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium (K) dan Posforus(P) yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap.
Antara jenis cendawan yang paling popular dan digemari pada masa kini ialah Cendawan Tiram Kelabu atau nama saintifik ialah Pleurotus Sajor Caju. Kepada anda yang baru menceburi bidang ini terutamanya memikirkan tentang cara pemasaran, boleh menggunakan maklumat dan manfaat kesihatan cendawan ini untuk diterangkan kepada prospek anda.

Berikut adalah kandungan khasiat pemakanan Cendawan Tiram Kelabu (100 gm berat basah).
..
Pecahan Zat Pemakanan
Tenaga : 37.0 Kcal
Air : 89.2 gm
Protin : 3.6 gm
Lemak : 0.7 gm
Karbohidrat : 4.1 gm
Serat : 1.8 gm
..

Zat Galian
Kalsium : 2 mg
Fosforus : 88 mg
Zat Besi : 1 mg
Natrium : 6 mg
Kalium : 195 mg
..
Vitamin
B1 : 0.03 mg
B2 : 0.46 mg
Niacin : 1.9 mg
C : 9.4 mg
..

Selain daripada khasiat di atas, cendawan tiram kelabu juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.
Satu lagi kelebihan cendawan terutama sekali ditanam secara komersil adalah ia tidak menggunakan sebarang baja kimia dan racun kawalan perosak. Maka tidak hairanlah semakin ramai pengguna di negara ini menggemari cendawan terutama Cendawan Tiram Kelabu sebagai salah satu makanan pilihan dalam kehidupan seharian mereka.

Cantiknya cendawan ni....

CENDAWAN MULA TUMBUH DI KELANTAN

Setelah berkursus tentang cendawan pada 17 Nov 2007 di Puchong, minat untuk memulakan projek cendawan semakin menebal. Pada 22 Nov 2007, Bangsal mula didirikan... 27 Nov 2007 'saw dust' dan dedak sampai


projek seterusnya sedang rancak berjalan


Untuk makluman, di kelantan projek ini masih baru.


Saya menyeru rakyat jelata yang berada di Kelantan agar 'celik cendawan'

Kelebihan yang ada di kelantan seharusnya di gunakan dan dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat kelantan.

Musim hujan.... banjir... bukanlah suatu musibah bagi orang yang tahu menggunakannya dengan sebaik mungkin

Angin monsun yang dulunya ditakuti, kini menjadi taman permainan di terengganu.... kerajaan Terengganu untung juta-juta

Cendawan sangat suka dana sesuai kepada cuaca sejuk.... jadi kita gunakan kesempatan yang Allah bagi itu sebagai satu nikmat untuk tanam cendawan

Menyiapkan Bangsal Pemerosesan

Menyiapkan Bangsal Pemerosesan